Memberi kejutan terhadap pelabur Pound pada dagangan Rabu semalam apabila harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD membuat lonjakan semula sekitar 130 pips selepas penurunan awal menguji paras terendah minggu lalu.
Mencecah paras sekitar 1.32700 pada awal sesi Eropah semalam, harga kemudiannya telah melonjak semula sehingga mencapai ke paras rintangan 1.3400 di penghujung sesi New York.
Situasi tersebut meleset daripada jangkaan untuk harga meneruskan penurunan lebih rendah ekoran krisis peperangan Rusia-Ukraine yang masih lagi berlarutan selama seminggu.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/recording-15
Pound berjaya meningkat semula berbanding US dolar yang kehilangan momentumnya sebagai mata wang safe-haven yang dijangka mengukuh dalam suasana pasaran yang berisiko.
Lonjakan harga telah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD. Isyarat awal untuk perubahan trend?
Pelabur akan menilai sama ada zon rintangan 1.34000 berjaya dilepasi harga untuk menuju pula ke paras rintangan 1.35000 pada zon SBR (support become resistance).
Penyusutan US dolar juga berkemungkinan disebabkan pelabur yang berwaspada menjelang laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada Jumaat.
Sekiranya laporan NFP berikan bacaan yang kukuh, US dolar boleh mengukuh semula dan menekan harga susut lebih rendah semula pada carta GBP/USD.
Penurunan harga masih dilihat akan menguji zon support 1.33000-1.32700 yang masih belum berjaya ditembusi sejak minggu lalu.
Penurunan lebih rendah selanjutnya akan menyusul pula ke zon support tumpuan pada sekitar 1.32000-1.31700 yang telah diuji sebelum ini pada dagangan Disember lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG