Pergerakan harga bagi carta pasangan mata wang safe-haven USD/JPY bergerak mendatar sepanjang hari semalam memulakan dagangan awal minggu ini.
Harga dilihat ‘berehat’ di zon 135.00 selepas lonjakan berlaku di penghujung minggu lalu kembali menguji semula zon rintangan tersebut.
Pada mulanya harga membuat penurunan dahulu susulan reaksi keputusan mesyuarat FOMC yang menyaksikan US dolar melemah dan mendorong harga menjunam di bawah zon 132.00.
Namun harga melonjak semula dari zon tersebut pada Jumaat dengan keputusan mesyuarat bank pusat Jepun (BOJ) yang mengekalkan kadar faedah dan isyarat dasar monetari yang longgar membuatkan mata wang Yen terus melemah.
Harga yang meningkat semula ke zon 135.00 tersebut dilihat turut melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk kembali memberi petunjuk bagi pergerakan bullish.
Bersambung sehingga ke sesi Asia pagi ini (Selasa), harga masih kekal bergerak perlahan dan mendatar pada zon 135.00 menantikan isyarat bagi arah pergerakan harga selanjutnya.
Zon 135.00 ini merupakan ketinggian yang dicapai minggu lalu, dengan rekod tertinggi harga sejak tahun 2002!
Rekod tersebut bakal dipecahkan lagi minggu ini sekiranya harga berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi dengan sasaran seterusnya untuk mencapai sekitar 137.00 pula.
Sebaliknya jika harga tetap gagal untuk melepasi zon rintangan 135.00 seperti situasi minggu lalu, berkemungkinan pelabur akan menyaksikan berlaku penurunan harga semula minggu ini dari zon tersebut.
Penurunan harga bakal kembali menuju zon sokongan pada 132.00 semula, iaitu zon yang dicecah pada reaksi harga ketika mesyuarat FOMC.
Untuk penurunan lebih rendah meneruskan pergerakan bearish harga, zon tumpuan terdahulu seperti pada 129.300 dan 128.000 akan kembali menjadi sasaran harga.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG