‘Ingat sektor teknologi je terkesan, sektor perbankan pun terasa impaknya ye.’
Institusi kewangan Amerika Syarikat (AS), JPMorgan Chase & Co, terpaksa memberhentikan sejumlah pekerja di bahagian pemberi pinjaman rumah kerana berlaku pengurangan permintaan dalam pasaran perumahan.
Hal ini terpaksa dilakukan kerana terdapat peningkatan kadar gandai janji disebabkan pengetatan dasar monetari Federal Reserve (Fed) yang agresif, 75 mata asas, sejak 1994.
Selain itu, hampir 1,000 pekerja di bahagian tersebut yang masih kekal akan di ditukar ke bahagian lain dalam bank tersebut.
Ulas jurucakap JPMorgan dalam kenyataan rasmi syarikat, rentetan daripada perubahan kitaran dalam pasaran gadai janji maka syarikat memutuskan untuk memindahkan sejumlah pekerja yang terjejas ke bahagian lain dan beberapa terpaksa diberhentikan.
Sungguhpun begitu, syarikat akan tetap membantu baki pekerja yang terjejas untuk mencari pekerjaan baru di dalam Chase dan luar.
Umumnya, langah pengetatan dasar oleh Fed minggu lalu telah membuatkan kadar gadai janji 30 tahun meningkat 2 kali ganda dari rekod terendah pada Januari 2021.
Memburukkan lagi keadaan, laporan Persatuan Realtors Kebangsaan melaporkan jualan rumah AS jatuh buat 4 bulan pada Mei ke paras terendah hampir 2 tahun.
Pada sisi berbeza, bank pemberi pinjaman gadai janji lain seperti Wells Fargo & Co. juga terpaksa memberhentikan atau menugaskan semula pekerja di bahagian pinjaman rumahnya.
Tidak terkecuali, Compass Inc. dan Redfin Corp juga mengumumkan rancangan mengurangkan tenaga kerja syarikat ketika sedang berlakunya pengurangan pemintaan dalam pasaran rumah AS.