Rangkaian Cardano menyaksikan lonjakan transaksi yang luar biasa, mengatasi rekod Ethereum dan XRP dalam 24 jam.
Difahamkan pada minggu lepas, rekod transaksi di Cardano mencapai nilai $17.4 bilion. Manakala Ethereum cuma mencatatkan jumlah transaksi bernilai $5.25 bilion dan XRP pula sekadar $700 juta.
Bagaimanapun ketika penulisan artikel ini, rekod tersebut berubah drastik dalam 24 jam. Cardano cuma memproses jumlah transaksi bernilai $384 juta, diikuti XRP ($515 juta) dan Ethereum pula sebanyak $4.63 bilion.
Pun begitu, pertumbuhan Cardano wajar diberi perhatian dekat kerana ini bukanlah kali pertama ia berjaya atasi rangkaian kedua terbesar dalam ruang kripto.
Pada awal Februari, Cardano berjaya atasi rekod transaksi bagi rangkaian Bitcoin dan Ethereum.
Selain daripada itu:
- Jumlah nilai terkunci (TVL) di Cardano melonjak tinggi dari nilai $70 juta ke paras $115 juta ketika artikel ini ditulis.
- TVL Cardano telah mencapai nilai tertinggi sepanjang masa (ATH), $129.53 juta pada 20 Februari.
- Kebanyakan dana terkumpul di platform pertukaran desentralisasi (DEX), SundaeSwap ($112.83 juta) dan MuesliSwap ($1.95 juta).
- Jumlah wallet Cardano meningkat 3.66% (4,565) dalam tempoh 1 – 24 Februari 2022.
- Manakala wallet yang menyimpan ADA telah melepasi 3.1 juta setakat 24 Februari.
Arah tuju pergerakan harga ADA
Ketika penulisan, ADA didagangkan pada $0.87, meningkat 0.51% dalam 24 jam, menunjukkan prestasi positif selepas keruntuhan pasaran pada minggu lepas.
Perjalanan ADA masih jauh dari rekod ATH, $3.0 pada 2 September 2021. Sekurang-kurangnya koin ini perlukan lonjakan sehingga 254.68% untuk menebus kembali rekod terdahulu.
Walaupun situasi semasa mengukuhkan lagi pergerakan datar pasaran kripto, penganalisis berpendapat ada peluang untuk ADA menyentuh paras $2.79 pada hujung tahun ini.