Cardano (ADA) Bakal Bersinar? Jangkaan Harga Akan Meningkat Sehingga 4,000%!

2,110

Jika ada kalangan pelabur yang masih HODL koin Cardano (ADA), ini mungkin berita baik buat anda kerana menurut tinjauan daripada pakar kripto menerusi Finder.com, ada potensi untuk harga kripto ini untuk tembus lebih $3.

Panel (peserta tinjauan) yang terdiri pakar non-fungible token (NFT), pakar kripto, pakar fintech menjangkakan harga ADA akan meningkat sehingga $2.79 pada hujung tahun ini.

Jangkaan tersebut agak rendah, sekitar 10% daripada paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $3.10 yang direkodkan pada 2 September 2021.

Tetapi untuk jangkaan masa panjang, ADA berpotensi untuk tembus ke paras harga $8.18 pada akhir 2025, sebelum bullish kepada $58 pada 2030.

Ramalan ini 4,000% lebih tinggi berbanding harga ADA pada permulaan 2022.

Tidak dinafikan ramalan ini agak sukar dicapai, lagi-lagi selepas hard fork Alonzo.

Manakan tidak, seakan langsung tiada perkembangan atau berita mengujakan, rangkaian ini tepati tanggapan komuniti kripto – ‘ghost chain’.

Tetapi bukankah Cardano terkenal sebagai salah satu rangkaian yang berkembang perlahan?

Difahamkan penghasilan blok di rangkaian ini sudah sepenuhnya desentralisasi dan lebih mengagumkan, teknologi Cardano digunakan untuk reformasi sektor pendidikan di Afrika.

Rangkaian ini memiliki ruang untuk berkembang berdasarkan potensinya dalam inovasi teknologi. Ia memiliki perlindungan, ketepatan, dan kemampanan dalam desentralisasi.

Malah, penerapan teknologinya di Ethiopia dan Tanzania memaparkan harapan untuk rangkaian ini mendapat sambutan.

Cumanya, ia memerlukan masa dan kesabaran pelabur untuk HODL bagi tempoh lebih panjang.

Ketika penulisan, ADA mencatatkan nilai dagangan $0.97, meningkat lebih 3% dalam 24 jam dan masih 68.58% lebih rendah daripada ATH terdahulu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat