Pengasas Cardano (ADA) Hentam Ethereum (ETH): ‘Rangkaian Yang Eksploitasi Penggunanya’

1,358

Pengikut industri kripto pasti serba sedikit maklum bahawa rangkaian Ethreum (ETH) dan Cardano (ADA) dilihat bersaing sengit.

Dalam pendedahan terbaru menerusi siaran langsung Periscope, CEO Cardano, Charles Hoskinson memberitahu rangkaian yang dibangunnya jauh lebih baik dan maju berbanding Ethereum walaupun dihujani kritikan berkaitan DApps di Cardano.

Apa yang mengundang kemarahan Hoskinson adalah terdapat juga anggapan Cardano sebagai ‘ghost chain‘ – rangkaian yang maju tetapi tiada projek.

Menjawab kritikan itu, Hoskinson memberi jaminan bahawa terdapat beberapa aplikasi seperti pengesahan kasut di New Balance dan pengesahan ternakan dengan BeefChain menggunakan ciri metadata Cardano.

Ketika ramai mendakwa Ethereum telah berjaya memperoleh tahap penggunaan harian, Hoskinson memilih untuk menyangkal kenyataan itu.

Hoskinson mendedahkan rangkaian Vitalik Buterin telah mengeksploitasi pengguna dengan kos transaksi bernilai $100, yield farming, DeFi tidak berguna, dan penjualan NFT yang dianggap pointless dan useless pada tanda harga berjuta-juta.

Malah, Hoskinson tidak teragak-agak meramalkan masa depan Ethereum akan berakhir sama seperti MySpace dan Friendster. CEO IOHK itu juga yakin jika perkhidmatan yang disediakan Buterin tidak lagi relevan kerana kos yang tinggi dan kecairan yang rendah, Ethereum akan berpindah ke Cardano.

Sebelum ini, Hoskinson membuat dakwaan bahawa Cardano sebagai ‘pembunuh’ Ethereum dan menjangkakan bullish bagi koin ADA.

Ketika penulisan, ETH didagangkan pada $1,666, susut hampir 7% dan ADA bernilai $1.09, susut hampir 9% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat