Wow! Harga tak habis lagi menggelongsor ke paras lebih rendah pada carta pasangan mata wang EUR/JPY kegemaran ramai ni. Apa yang jadi?
Semestinya krisis peperangan antara Rusia dan Ukraine yang mendorong kejatuhan harga yang berlaku dan para penganalisis turut menjangkakannya sejak minggu lalu lagi.
Euro dijangka akan terus menerima tekanan oleh Yen yang mendapat manfaat dalam suasana pasaran yang kekal berisiko.
Rusia masih lagi dilaporkan meneruskan pencerobohan ke atas Ukraine. Malah, Presiden Vladimir Putin juga memberitahu bahawa serangan tidak akan dihentikan selagi tujuan perangnya tercapai.
Oleh itu, Yen sebagai mata wang safe-haven dijangka akan terus mengukuh menuju dagangan penghujung minggu ini.
Harga pada carta EUR/JPY kini telah meneruskan penurunan semalam mencecah paras 127.400 dan berlegar pada zon tersebut sehingga bersambung pada dagangan hari ini (Rabu).
Penurunan ke paras tersebut merupakan paras terendah 3 bulan selepas diuji pada dagangan Disember lalu.
Paras 128.00 menjadi halangan untuk harga membuat kenaikan dan dijangka penurunan lebih rendah akan bersambung semula ke bawah paras 127.400 pada sesi seterusnya.
Penurunan harga yang diteruskan dilihat akan menuju zon support lebih rendah sekitar 126.00 untuk merekodkan paras terendah terbaru 14 bulan.
Namun pelabur akan berhati-hati sekiranya harga mula membuat kenaikan dan melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam. Ini akan memberi isyarat awal untuk perubahan trend mungkin berlaku.
Untuk jangkaan kenaikan harga, zon rintangan yang bakal menjadi tumpuan awal adalah pada sekitar 129.500 atau lebih tinggi untuk mengatasi paras tertinggi minggu ini.
Seterusnya zon SBR (support become resistance) pada 130.700 pula akan menjadi tumpuan harga berikutnya untuk corak kenaikan yang diteruskan.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG