‘Memang kena sedia payung sebelum hujan kalau tak jadi macam 2 tahun lepas.’
Pakar penyakit berjangkit dan ketua teknikal Covid-19 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran bahawa warga dunia perlu bersiap sedia dengan kemungkinan pandemik melanda semula.
Asas tersebut dibentangkan Dr Maria Van Kerkhove semasa World One Health Congress ke-7 dengan memetik isu inflasi dan krisis perang Rusia-Ukraine menambah imej buruk prospek dunia.
Ulas beliau bahawa setiap negara perlu mempersiapkan diri dengan kemungkinan berlakunya pandemik dan menggunakan segala pengalaman lepas untuk mengharungi kemungkinan mendatang.
Nasihat Van Kerkhove adalah kerajaan perlu menyelaraskan pelan kecemasan seperti rancangan nasional untuk kesediaan pencegahan, akses langkah balas seperti penyelidikan dan pembangunan termasuk perlindungan komuniti serta penjagaan.
Bagi merealisasikan usaha tersebut, beliau menegaskan kepentingan politik dan fiskal dalam menyediakan tenaga kerja yang kukuh serta pembiayaan menyeluruh.
Dalam pada itu, WHO dikatakan sedang mengadakan mesyuarat untuk memeterai perjanjian bersama negara-negara dalam mencegah situasi pandemik seperti Covid-19.