Tentera Korea Selatan memulakan latihan pertahanan tahunan Hoguk dalam meningkatkan keupayaan tindak balas terhadap ancaman nuklear dan peluru berpandu Korea Utara yang kini berada dalam keadaan tegang.
Latihan tersebut merupakan siri program latihan ketenteraan terbaru Korea Selatan hasil kerjasama dengan Amerika Syarikat serta Jepun.
Selepas Korea Utara menjalankan ujian senjata, Korea Selatan telah melepaskan peluru berpandu balistik jarak dekat termasuk ratusan tembakan artileri berhampiran sempadan.
Rentetan itu, Pyongyang meluahkan kemarahannya dan menggelar Korea Selatan serta aktiviti ketenteraannya sebagai provakasi walaupun Seoul menegaskan bahawa latihannya adalah berorientasikan pertahanan.
Oleh demikian, Korea Selatan bersama pasukan AS akan meningkatkan keupayaan tentera dalam melaksanakan operasi semasa latihan Hoguk, ulas South’s Joint Chiefs of Staff .
Tambahnya lagi, pasukannya akan menjalankan gerakan pada siang dan malam agar dapat menentang nuklear, peluru berpandu dan pelbagai ancaman Korea Utara.
Korean Utara pula telah mengundang kemarahan Korea Selatan pada minggu lalu susulan tindakan melepaskan peluru berpandu, menembak 500 peluru artileri dan menerbangkan banyak pesawat perang berhampiran sempadan laut.
Rentetan itu, Seoul mengenakan sekatan unilateral pertamanya terhadap Pyeongyang dan menggelarkan tindakan tersebut sebagai pelanggaran pakatan tentera dua hala 2018.
Ahli parlimen Korea Selatan pula telah menyatakan bahawa Korea Utara mempersiapkan ujian nuklear pertamanya sejak 2017 bersama kongres Parti Komunis China.