Berita mengenai kemungkinan Rusia akan menyerang Ukraine bukan sahaja menyebabkan pasaran saham Asia susut tetapi turut menyebabkan harga minyak dan bon naik.
Indeks meluas MSCI saham Asia-Pasifik luar Jepun jatuh 0.2% sementara Nikkei Jepun hilang 2.1%.
Niaga hadapan S&P 500 naik 0.2% dan niaga hadapan Nasdaq Composite pada 0.1%.
Krisis Rusia-Ukraine Semakin Memuncak
Pihak Amerika Syarikat (AS) melaporkan bahawa Rusia sedang bersiap sedia untuk melakukan serangan (mempertahankan) ke atas ‘setiap inci tanah’ wilayah NATOnya.
Ekoran daripada itu, sentimen pasaran kembali dalam bentuk kebimbangan, seterusnya menyebabkan harga minyak mencanak ke paras tertinggi 7 tahun.
Selain itu, bacaan kadar inflasi AS turut menambah sentimen kebimbangan mengenai kemungkinan kenaikan kadar oleh Federal Reserve (Fed) sebanyak 50 mata asas.
Fed telah mengeluarkan kenyataan bahawa ia tidak akan mengubah jadual pembelian bon selepas kebimbangan tersebut memuncak.
Dalam pada itu, kebimbangan tersebut telah membuatkan hasil perbendaharaan memuncak sejak 2019, dengan hasil perbendaharaan 10 tahun pada 1.96%.
Disamping itu, isu yang sama turut menyebabkan Euro berundur dari $1.1495 kepada $1.1360 sementara safe-haven dolar pada 115.50 Yen.
Kejatuhan Euro telah mendorong indeks dolar menuncak 96.035.
Harga minyak Brent tambah 93 sen pada $95.37 setong sementara minyak mentah AS naik $1.23 pada $94.33.
Emas kekal pada $1,859 per auns.