Pengeluar wallet mata wang kripto, Ledger telah membuat kerjasama dengan The Sandbox melalui pemilikan tapak di dunia maya itu.
Difahamkan hubungan ini dapat mendidik pengguna-pengguna kripto amatur dan pada masa yang sama, Ledger akan memainkan peranan penting dalam meningkatkan perlindungan metaverse serta pengurusan penjagaan sendiri aset digital bagi kalangan pengguna The Sandbox.
Menariknya lagi, Ledger mahu menawarkan Ledger Nano yang disesuaikan (custom) kepada pemilik-pemilik token natif The Sandbox, SAND.
Berita ini turut dikongsi The Sandbox kepada pengikutnya di Twitter pada tengah malam tadi waktu Malaysia:
🔐 We’re partnering with @Ledger to secure the #Metaverse and increase security, education & support for users! They will be building a hub on their LAND, providing users with support alongside learning and gamified experiences inside #TheSandbox! pic.twitter.com/kfTWECRp95
— The Sandbox (@TheSandboxGame) April 4, 2022
Sebagai rekod, Ledger merupakan entiti terbaharu yang berpindah ke The Sandbox selepas HSBC berbuat demikian lebih dua minggu yang lalu.
Barangkali peralihan Ledger kepada ruang non-fungible token (NFT) membuktikan syarikat itu sedang mengembangkan perkhidmatannya.