Cool Gila! HSBC ‘Berpindah’ Ke Metaverse The Sandbox, Ada Stadium Sendiri!

359

Institusi perbankan gergasi, HSBC telah rasmi mengikat kerjasama dengan The Sandbox melalui pemilikan satu plot di metaverse bagi meluaskan lagi capaian mereka terhadap komunitinya.

Secara tidak langsung HSBC menjadi bank pertama yang meneroka The Sandbox selepas metaverse itu menyambut beberapa jenama besar seperti Gucci, Warner Music, dan Ubisoft.

Berdasarkan ketua pemasaran HSBC bahagian Asia Pasifik, metaverse merupakan satu ruang yang menawarkan pengalaman Web 3.0 – generasi terbaharu internet.

Maka tidak hairanlah jika institusi ini tertarik untuk mencipta satu pengalaman baharu melalui platform-platform yang sedang membangun, sekaligus menawarkan kepada pengguna mereka untuk ikut serta.

Difahamkan HSBC akan lancarkan zon kesukanan untuk saling berhubung dengan peminat sukan, e-sukan, dan gaming berdasarkan stadium maya yang ditubuhkan di The Sandbox.

Melihat minat yang semakin tular dalam kalangan industri perbankan, pengasas bersama Sebastien Borget berpendapat ia merupakan satu permulaan kepada penerimaan meluas terhadap metaverse dan Web 3.0 melalui pengalaman dengan ekosistem baharu.

Sebelum ini ada direkodkan tentang JPMorgan yang telah menceburi ruang metaverse melalui penubuhan ruang istirehat, dikenali sebagai Onyx Lounge.

Token natif SAND mencatatkan lonjakan lebih 9% dalam tempoh dua jam selepas khabar itu diumumkan melalui akaun rasmi The Sandbox di Twitter.

Ketika penulisan, SAND sedikit susut dari rekod tersebut tetapi masih bertahan dengan lonjakan lebih 7%, didagangkan pada $2.92 seunit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat