JPMorgan Bertapak Di Decentraland, MANA Melonjak Hampir 11%!

370

Bank terbesar Amerika Syarikat (AS), JPMorgan kini sudah pun berada di metaverse, Decentraland!

Difahamkan JPMorgan telah lancarkan ruang istirehat, Onyx Lounge, bersama-sama dengan penerbitan kertas kerja yang membentangkan penerokaan peluang perniagaan di metaverse.

Ini merupakan satu perkembangan yang menarik daripada institusi kewangan kerana JPMorgan merupakan bank pertama yang menyertai metaverse.

JPMorgan juga mendedahkan harga bagi seunit parcel di dunia maya: Decentraland, The Sandbox, Somnium Space, dan Cryptovoxels telah meningkat dua kali ganda sejak separuh kedua 2021, daripada $6,000 pada Jun kepada $12,000 pada Disember.

Parcel merujuk kepada pecahan-pecahan unit kecil yang menghasilkan Land.

Sebenarnya sudah banyak entiti-entiti terkenal yang terlibat dengan metaverse.

Salah-satunya ialah Barbados yang melancarkan kedutaan pada November di Decentraland, diikuti dengan Samsung yang membuka cawangan New York di Decentraland pada Januari tahun ini.

Tidak cukup dengan itu, Walmart; Nike; Gap; Verizon; Hulu; PWC; Adidas; dan Atari juga sebahagian jenama hebat yang telah menyertai metaverse.

Teringat pula Maybank Malaysia pernah mengutarakan keunikan kripto, non-fungible token (NFT), metaverse dan minta orang ramai untuk tidak terlalu bimbangkan impak negatif.

Penyertaan JPMorgan ke dalam Decentraland telah pacukan harga sehingga hampir 11% dalam 24 jam, didagangkan pada $3.29.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat