Adidas Sertai Coinbase, Beli Tanah Di The Sandbox. SAND Tembus $8!

979

Telah rasminya Adidas sertai kerjasama dengan platform mata wang kripto, Coinbase dan permainan virtual reality (VR) berasaskan Ethereum, The Sandbox.

Berita mengujakan itu diumumkan sendiri oleh Adidas menerusi laman Twitter rasmi pada tengah malam tadi waktu Malaysia.

Sebelum ini, Adidas ada bertanya kepada peminatnya: “adiVerse anyone?”, bersama twit asal The Sandbox yang mengajak jenama besar itu untuk menyertai ruang metaverse.

Peminat menjangkakan Adidas akan sertai The Sandbox dalam masa terdekat.

Tetapi rupanya syarikat pengeluar barangan sukan itu telah pun memiliki hartanah di The Sandbox berdasarkan namanya di peta metaverse itu.

Kerjasama Adidas dengan kedua-dua fenomena ini mungkin saling berkait. Perkara yang mungkin boleh dipertimbangkan:

  1. Jika Adidas berminat untuk mengusahakan sesuatu di The Sandbox, Coinbase akan menyokong dari aspek pelaburan yang diperlukan.
  2. Selepas Adidas melancarkan NFT di POAP pada minggu lepas, tidak mustahil mereka akan mempelbagaikan jenis token NFT pada masa akan datang dan usaha itu berkait dengan Coinbase.
  3. Adidas juga mungkin akan menggunakan Coinbase sebagai perantara penerimaan mata wang kripto sebagai medium pembayaran.

Namun, ianya sekadar andaian. Jika jangkaan di atas benar-benar berlaku, pelabur SAND pasti lebih untung.

Ketika penulisan, SAND didagangkan pada $7.4, meningkat lebih 3% dalam 24 jam. Aset ini mencatatkan rekod tertinggi sepanjang masa (ATH), $8.51 semalam.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat