Maybank Pun Nak Sertai Metaverse!

2,870

If you can’t beat them, join them!

Presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan Malayan Banking Bhd (Maybank), Datuk Seri Abdul Farid Alias menzahirkan pendapat bahawa sektor kewangan perlu berhenti bimbang mengenai pengaruh mata wang kripto, kewangan desentralisasi (DeFi), non-fungible tokens (NFT) dan Metaverse tetapi sebaliknya mula berfikir cara bagaimana untuk menangani gangguannya dalam sektor tersebut.

Bercakap sebagai panel dalam perbincangan di MyFintech Week 2022 pada 25 Januari lalu, beliau turut menzahirkan pandangan mengenai minatnya untuk melihat bagaimana teknologi baharu ini akan berkembang dan bercantum dengan sektor kewangan tradisional.

Tambah beliau lagi, teknologi tersebut boleh membantu dalam menangani isu seperti ketidaksamaan dengan lebih baik namun dunia tidak boleh terlalu teruja dengan teknologi yang masih tidak diketahui semua ini.

Selain itu, Tuariq Keraan, ketua CEO TymeBank Afrika Selatan yang juga salah seorang panel turut menyuarakan pendapat yang sama dengan menyatakan gangguan boleh wujud bersama sistem kewangan tradisional dan semua orang harus bekerjasama untuk menangani isu-isu mendesak seperti ketidaksamaan dan kemiskinan.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat