Pembukaan pasaran awal minggu di sesi Asia pagi Isnin ini mengejutkan pelabur lebih awal yang menjangkakan pergerakan pasaran yang kebiasaannya bermula perlahan.
US dolar terus memaparkan dominasi pada awal minggu dengan pengukuhan yang dipaparkan, mengekalkan momentum positif sehingga penghujung dagangan minggu lalu.
Kebanyakan mata wang utama lain terpaksa menahan tekanan oleh pengukuhan US dolar itu termasuk Euro yang turut paparkan penurunan sepanjang minggu lalu.
Pelabur akan berwaspada terhadap dagangan Euro di awal minggu ini dengan data tinjauan perniagaan di Jerman akan dipantau di sesi Eropah sebelum tumpuan akan terarah pada ucapan Presiden European Central Bank (ECB) Christine Lagarde pada sesi New York untuk petunjuk baru.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-pacak-gbp-all-time-low#t=0:00
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah memaparkan corak bearish sepanjang minggu lalu dengan terhalang oleh paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta harga tersebut.
Pada Jumaat, harga telah susut melepasi paras sokongan 0.98000 sebelum menuju ke zon tumpuan pada 0.97000 pada penghujung sesi terakhir minggu tersebut.
Bersambung pada pembukaan pasaran awal minggu ini, harga telah memaparkan terjunan 150 pips dari paras 0.97000 sehingga mencecah ke sekitar 0.95500.
Namun, setelah mencatatkan paras terendah terbaru 20 tahun itu, harga dilihat melantun semula untuk berlegar semula di sekitar 0.96600.
Dengan momentum yang dipamerkan, penganalisis melihat kecenderungan harga untuk menyambung penurunan ke paras terendah terbaru lagi minggu ini.
Melepasi 0.95500 berkemungkinan boleh mendorong harga mencecah sehingga ke sekitar 0.94000 pula.
Namun jika berlaku lonjakan harga semula dan melepasi zon 0.97000, kenaikan mungkin akan diteruskan harga untuk menuju semula ke paras 0.98000 yang menjadi tumpuan sebelum ini sebelum halangan MA50 bakal diuji.
Melepasi halangan-halangan berikut seterusnya akan menjadi isyarat untuk perubahan trend bullish harga semula untuk kembali menuju zon pariti 1.0000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG