US dolar menamatkan dagangan penghujung minggu lalu dengan penyusutan pada gagangan sesi terakhir selepas pamerkan pengukuhan pada sesi-sesi sebelumnya.
Tumpuan akan terarah kepada minit mesyuarat FOMC dan juga laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang bakal memberi impak terhadap pergerakan US dolar minggu ini.
Namun, pergerakan harga di awal minggu dijangka suram dengan bank-bank di AS masih ditutup sempena cuti umum.
Mata wang Euro pula dilihat didagangkan tertekan minggu lalu dengan ekonomi Eropah masih pamerkan isyarat yang suram dengan bacaan inflasi pada data yang diterbitkan di penghujung minggu yang meningkat.
Namun, jangkaan untuk bank pusat Eropah (ECB) untuk meningkatkan kadar faedah boleh mendorong situasi lonjakan pada nilai Euro.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/recording-30
Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat masih belum berjaya menembusi zon support 1.04000 setelah diuji beberapa kali pada dagangan minggu lalu.
Pada Jumaa, dapat diperhatikan harga yang turun menguji support tersebut kemudiannya melantun semula untuk menutup dagangan sesi terakhir minggu tersebut di paras sekitar 1.04300.
Namun, penganalisis pasaran masih melihat pergerakan harga berada dalam trend bearish dengan kenaikan harga masih terhalang oleh paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD yang menjadi indikator perubahan trend harga.
Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Isnin), harga masih berlegar di bawah paras halangan MA50 dengan jangkaan berkemungkinan penurunan harga akan diteruskan lagi.
Penurunan harga sekali lagi akan menguji zon support 1.04000 sebelum harga yang melepasi zon tersebut bakal merekodkan paras terendah terbaru untuk tempoh 20 tahun.
Paras jangkaan terdekat untuk penurunan terbaru dilihat bakal mencecah sekitar zon 1.03000.
Sebaliknya jika harga melantun semula setelah mencecah zon support 1.04000, melepasi halangan MA50 akan memberi isyarat perubahan trend sebelum harga menuju ke zon 1.05000 untuk menguji pula zon rintangan tersebut.
Kenaikan yang diteruskan selanjutnya bakal menuju ke rintangan tumpuan awal minggu lalu pada 1.06000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG