‘Bacaan agak suram harapnya Malaysia baik-baik sahaja.’
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memperlihatkan Indeks Petunjuk Ekonomi atau Leading Economic Index negara berkembang 4.1% pada bulan Julai.
Bacaan tersebut, yang mengukur hala tuju ekonomi negara secara purata 4 hingga 6 bulan ke hadapan, menyaksikan skor Julai 2022 pada 109.5 mata berbanding 105.2 mata untuk bulan sama tahun 2021.
Ini bermakna pertumbuhan Indeks Petunjuk Ekonomi Malaysia berkembang 4.1% pada asas tahunan semasa Julai, namun ia menurun daripada catatan 5.3% pada Jun.
Bagi asas bulanan pula bacaan Indeks Petunjuk Ekonomi menguncup 2% semasa Julai 2022 berbanding perkembangan 0.4% pada Jun.
Faktor penurunan seperti yang digariskan oleh DOSM adalah disebabkan import logam berharga asas dan logam bukan ferus yang mencatat penurunan -0.9% ekoran peningkatan permintaan terhadap logam berasaskan platinum.
Berikut adalah rincian data Indeks Petunjuk Ekonomi Malaysia bagi bulan Julai.
- Import logam berharga asas dan logam bukan ferus menguncup -0.9% pada Julai berbanding 0.6% pada Jun.
- Import semikonduktor berkembang -0.5% berbanding -0.4%.
- Bilangan syarikat baru yang didaftarkan menyusut -0.3% berbanding 0.6%.
- Bilangan unit rumah yang diluluskan menurun -0.1% berbanding 0.4%.
- Bekalan wang sebenar, M1 merudum -0.2% berbanding 0.1%.
- Indeks industri Bursa Malaysia meningkat -0/1% berbanding -0.6%.
Dalam pada itu, penurunan tersebut menurut DOSM tidak menjejaskan prospek optimis negara apabila arah aliran jangka panjang jatuh dari atas 100 mata.