Pelabur sesi Asia telah diperlihatkan dengan keluaran laporan minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) untuk bulan Ogos yang menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas kepada 1.85%.
Berikut merupakan perincian mengenai pendekatan polisi akan datang yang didedahkan dalam minit tersebut:
- Kenaikan kadar faedah sejak beberapa bulan kebelakangan ini diperlukan untuk membawa inflasi kembali ke sasaran.
- Bank pusat beri isyarat untuk langkah selanjutnya dalam proses menormalkan dasar keadaan monetari tetapi tidak mengikut laluan yang telah ditetapkan.
- Berusaha untuk melakukannya dengan cara yang memastikan ekonomi berada pada tahap sama rata.
- Pembuat dasar menjangkakan inflasi akan memuncak pada tahun inidan menurun kembali ke julat sasaran 2-3% menjelang akhir 2024.
- Ketahanan ekonomi Australia terus terserlah dalam pasaran buruh.
- Pembuat dasar jugamenilai risiko terhadap prospek global, yang cenderung ke bawah.
- Tingkah laku perbelanjaan isi rumah kekal menjadi penyumbang utama kepada ketidakpastian terhadap prospek ekonomi.
- Bank pusat akan meneliti tentang bagaimana keseimbangan pelbagai faktor mempengaruhi prospek perbelanjaan.
Ringkasnya, RBA dilihat akan meneruskan kenaikan kadar faedah tetapi keputusannya bergantung kepada data ekonomi yang akan dikeluarkan.
Terbitan data pekerjaan Australia minggu ini bakal menjadi tumpuan dengan pertumbuhan gaji dijangka meningkat ke paras tertinggi 8 tahun,2.7% dan kadar pengangguran kekal di paras terendah 48 tahun 3.5%.