Pasaran kripto yang mengalami kejatuhan drastik berikutan krisis FTX bukanlah penghalang kepada penjualan non-fungible token (NFT) yang berjaya mendaki 13.2% pada bulan November setelah sekian lama menyepi.
Sungguhpun jualan pada bulan November melebihi $532 juta berbanding Oktober pada $460 juta, urus niaga antara individu tetap menyusut sebanyak 18.75% pada bulan lepas.
Manakala, purata jualan pada bulan November menyaksikan lonjakan sekitar $95.20 dan secara keseluruhannya pada awal bulan Disember ini melihatkan pada $173.90.
Suka dimaklumkan juga bahawa jualan sebanyak $443.55 juta adalah melalui NFT berasaskan ETH manakala jumlah selebihnya adalah pada Solana (SOL) dengan nilai $68 juta dan Immutable sekitar $20 juta.
Sementara NFT Mutant Ape Yacht Club (MAYC) memperoleh $29.14 juta dengan lonjakan 83.22% manakala Otherdeed mendaki 60% pada $24 juta.
Antara jualan tertinggi yang diperoleh koleksi NFT berasaskan ETH sepanjang bulan lepas adalah Bored Ape Yacht Club (BAYC) dengan hasil sebanyak 800 ETH ($950,000).
Deepak Thapliyal, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Chain, dilaporkan telah menjual koleksi BAYC #232 kepada individu yang bernama Keungz dengan harga 780 Eth ($940,000).
Diperjelaskan juga bahawa penjualan NFT kebanyakan berlaku semasa harga lantainya merosot sejak beberapa bulan lalu dengan jualan tertinggi ditegaskan sekali lagi adalah pada bulan November.