Tulah, ingat ais batu campur (ABC) ke main campur-campur vaksin? Tak pasal-pasal lepas ni ke cucuk kali ke-4 pulak…opss, mungkin kali ke-5.
Pharmaniaga Bhd menyatakan 2 dos vaksin Sinovac Covid-19 dengan 1 dos penggalak Pfizer-BioNTech kurang berkesan terhadap varian Omicron sekaligus bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Pharmaniaga, pengedar berlesen vaksin Sinovac di Malaysia, memetik satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Yale menyatakan, 3 dos vaksin Sinovac mampu menghasilkan antibodi peneutral yang lebih tinggi sebanyak 95% berbanding 3.3% bagi 2 dos terhadap variant of concern (VOC), termasuk Omicron.
Menurut kajian tersebut lagi, 2 dos vaksin Sinovac dengan 1 dos penggalak Pfizer menghasilkan tindak balas antibodi yang serupa dengan 2 vaksin mRNA, secara tidak langsung ia tidak memberi perbezaan kepada kapasiti peneutralan terhadap Omicron.
Maka, Pharmaniaga telah menegaskan bahawa mendapatkan dos penggalak Sinovac adalah lebih disyorkan kerana ia akan menawarkan perlindungan yang lebih baik dan mencipta tindak balas antibodi lebih kuat terhadap penyakit.
Ekoran daripada itu, ia telah bercanggah dengan kenyataan yang dibuat oleh Khairy Jamaluddin di Twitter peribadinya bertarikh 16 November, yang menyeru penerima Sinovac untuk mengambil vaksin Pfizer sebagai dos penggalak kerana ia dipercayai memberi tahap perlindungan yang lebih tinggi.
Khairy turut menyatakan Kementerian akan membenarkan semua penerima vaksin Sinovac memilih dos penggalak mereka sendiri namun mengesyorkan Pfizer atau AstraZeneca.
Menurutnya lagi, seramai 3.5 juta penerima Sinovac masih belum menerima dos penggalak.
Buat masa ini, lebih kurang 12.616 juta orang dewasa atau 53.9% daripada populasi dewasa di Malaysia telah menerima dos penggalak.