Perghh, dia ingat dia Goku dengan Vegeta ke nak gabung-gabung.
Penyelidik Cyprus telah menemui coronavirus baru hasil gabungan varian Delta dan varian Omicron.
Menurut seorang profesor sains di Universiti Cyprus, Leondios Kostrikis, varian baharu tersebut mempunyai genetik seperti Omicron dalam genom delta dan dipanggil ‘deltacron’.
Tambahnya lagi, mereka telah menemui 25 kes melibatkan varian gabungan itu namun masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada terdapat lebih banyak kes atau kesannya.
Sumber Bloomberg menyatakan keputusan penyelidikan tersebut telah diberikan kepada GIASID, sebuah pangkalan data antarabangsa yang menjejaki virus.
Dalam pada itu, laporan di Amerika Syarikat (AS) mencatatkan secara purata 600,000 kes baharu sehari telah menambah kebimbangan mengenai penyebaran Covid-19.