Berlaku kejutan pada pasaran minyak mentah global pada awal minggu semalam sehingga memberi kesan terhadap pergerakan nilai mata wang dolar Kanada.
Harga minyak menjunam pada awalnya, namun kembali melantun semula mengundang kegusaran para pelabur komoditi dengan ketidaktentuan tersebut.
Ini adalah disebabkan laporan yang berlegar dalam pasaran bahawa negara-negara pengeksport petroleum bersama rakan sekutu (OPEC+) sedang mempertimbangkan untuk meningkatkan pengeluaran sebanyak 500,000 tong sehari.
Namun, berita tersebut kemudiannya telah dinafikan oleh Menteri Tenaga Arab Saudi yang memaklumkan perjanjian OPEC+ akan kekal sehingga penghujung 2023.
Walaupun berlaku lantunan semula harga selepas kejatuhan awal tersebut, harga minyak masih didagangkan lemah ekoran faktor kebimbangan Covid-19 di China yang berisiko tinggi menjejaskan permintaan.
Ketidaktentuan yang tercetus telah memberi kesan terhadap pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD di sesi New York semalam.
Jika diteliti, harga sebelum ini telah mula mempaparkan corak kenaikan semula pada minggu lalu setelah melantun semula dari zon support 1.32300.
Pada dagangan semalam, harga dilihat telah membuat lonjakan hampir menyentuh 1.35000 sebelum susut semula untuk menutup dagangan sesi New York sekitar 1.34500.
Pergerakan harga perlahan dan sedikit menurun bersambung ke sesi Asia pagi Selasa ini, namun harga yang dilihat masih berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD memberi indikasi pergerakan harga masih dalam trend bullish.
Jika kenaikan berjaya diteruskan, harga akan menguji sekali lagi zon rintangan 1.35000 sebelum paras ketinggian dicapai pada 10 November lalu pada 1.35700 akan dicabar harga.
Namun, perubahan arah juga boleh berlaku jika berlaku perubahan pada sentimen pasaran semasa minggu ini.
Harga boleh kembali membuat penurunan semula dan melepasi paras penting 1.34000 sebelum memberi isyarat memulakan pergerakan trend bearish apabila susut di bawah paras sokongan MA50.
Beberapa zon tumpuan akan diuji untuk penurunan lebih rendah seperti zon 1.33000 dan juga support 1.32000.
Data jualan runcit Kanada akan diberi tumpuan pelabur pada sesi New York sebentar lagi yang boleh mempengaruhi pergerakan Loonie dalam pasaran.
Lihat gambar carta harga USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG