Beberapa indeks Wall Street berakhir merah dengan pelabur mencerna tanda-tanda keredaan inflasi Amerika Syarikat (AS) dan jangkaan kenaikan kadar faedah yang kurang agresif dalam memerangi lonjakan harga yang tidak berkesudahan.
Indeks harga pengeluar (PPI) yang diterbitkan semalam menyaksikan penurunan, seiring keputusan kadar inflasi pengguna pada hari rabu lepas.
Atas faktor tersebut Joe Saluzzi dari Themis Trading menggariskan bahawa kini adalah masa untuk pelabur mencerna sebaik-baiknya data yang dikeluarkan bagi menentukan pergerakan yang Fed akan laksanakan pada mesyuarat September nanti.
Di sisi berbeza nota penganalisis ANZ pula menyatakan keuntungan mungkin berkurangan ekoran kebimbangan pasaran sebelum ini adalah tindak balas secara berlebihan.
Rentetan itu, sesi penutupan Wall Street memperlihatkan Dow Jones Industrial naik 0.08% pada 33,336.67, S&P 500 hilang 0.07% pada 4,207.27 dan Nasdaq Composite turun 0.58% pada 12,779.91.
Di zon Eropah, STOXX 600 ditutup dalam aliran menaik 0.06% dan tolok MSCI saham seluruh dunia berakhir tinggi 0.07%.
Pada sesi Asia pula Nikkei 225 Jepun mulakan dagangan baik pada 1.92%, Topix naik 1.59% sementara Kospi Korea Selatan capai 0.28% dan Kosdaq mendatar.
Indeks meluas MSCI Asia-Pasifik saham luar Jepun susut 0.14%.
Aliran mata wang memperlihatkan indeks dolar masih melemah namun ia mengurangkan sikit kerugian sesi lalu untuk berada pada 0.114% dengan Euro naik 0.24% pada $1.0322 sementara Yen susut 0.09% pada $133.04 dan Sterling turun 0.24% pada $1.2196.
Sementara itu, hasil Perbendaharaan mempamerkan lonjakan dengan penanda aras nota 10 tahun jatuh 29/32 dalam harga kepada harga 2.8839% dari 2.781% dan bon 30 tahun turun 78/32 pada 3.1716% dari 3.042%.
Bagi komoditi, miyak mentah AS naik 2.6% pada $94.34 dan minyak mentah Brent tambah 2.3% pada $99.90 selepas Agensi Tenaga Antarabangsa menaikkan unjuran pertumbuhan permintaan untuk 2022 apabila harga gas asli melambung tinggi.
Spot emas pula turun 0.3% pada $1,787.61 per auns.