Tak sangka harga boleh melonjak tinggi pada minggu ini. Namun itulah yang berlaku pada carta pasangan mata wang AUD/USD yang menyangkal jangkaan untuk penurunan harga oleh pelabur.
Mengapa pelabur jangkakan penurunan harga bakal berlaku sebelum ini?
Federal Reserve (Fed) sebelum ini telah diramalkan untuk meningkatkan kadar faedah daripada 0.25% kepada 0.50%, dan itulah yang berlaku pada mesyuarat FOMC awal pagi tadi, menepati ramalan pasaran.
Namun, US dolar yang dijangkakan untuk mengukuh selepas kenaikan kadar oleh Fed sebaliknya bergerak suram mengakhiri sesi pasaran New York.
Berkemungkinan pemain pasaran mengambil dahulu keuntungan bagi posisi belian US dolar sebelum ini, untuk mengambil peluang keuntungan US dolar pada harga yang terbaik selepas ini, dengan jangkaan untuk US dolar bakal mengukuh bagi tempoh dagangan lebih panjang.
Justeru, harga yang pada mulanya ditekan rendah sehingga ke paras 0.72100 susulan reaksi awal terhadap keputusan mesyuarat FOMC akhirnya melonjak semula sehingga ke paras ketinggian 0.72900.
Dengan corak kenaikan harga yang dipaparkan, dolar Aussie terus didukung oleh laporan pekerjaan Australia yang diterbitkan pada sesi Asia pagi ini, dengan bacaan komponen data adalah memberangsangkan.
Kenaikan diteruskan sehingga ke paras sekitar 0.73200 yang menjadi rintangan terbaru buat harga dan harga mendatar di sekitar tersebut bersambung pada awal pembukaan sesi Eropah.
Kenaikan lebih tinggi bakal dijangkakan untuk menguji rintangan pada 0.73600 terlebih dulu sebelum meneruskan pendakian menuju zon ketinggian 0.74000 yang dicapai awal minggu lalu.
Namun jika US dolar ‘tersedar’ semula untuk kembali mengukuh, pelabur akan bersedia untuk menjangkakan harga menjunam.
Turun semula di bawah paras 0.72800 selanjutnya akan menguji zon sekitar 0.72300 yang turut diuji pada awal pagi tadi selepas mesyuarat FOMC.
Penurunan yang diteruskan dilihat akan menguji zon support 0.71800 selepas memberikan isyarat meneruskan pergerakan harga pada trend bearish.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG