“Evergrande, pulangkan wang kami!”
Bimbang dengan kepincangan Evergrande, para pelabur syarikat gergasi hartanah China itu tampaknya sudah tidak dapat menahan sabar lagi.
Kira-kira 100 orang yang dipercayai sebagai pelabur dalam produk kewangan syarikat itu telah membuat bantahan di luar pejabat di Guangzhou pada hari Selasa.
Pada hari Jumaat, Evergrande mengumumkan semula rancangan untuk membayar balik pelaburnya dengan mengatakan masing-masing dijangka akan menerima principal payment sebanyak 8,000 yuan atau $1,256 selama tiga bulan bermula Januari, tanpa mengira bila pelaburan mereka matang.
Sebelum itu, Evergrande telah bersetuju untuk membayar balik 10% pada hujung bulan apabila produk tersebut matang, tanpa menyatakan jumlahnya.
Perubahan ini secara tidak langsung menggambarkan kesukaran yang dihadapi oleh syarikat itu untuk terus mematuhi syarat tersebut kerana ia tidak dapat mengumpul wang yang mencukupi daripada projek pelaburannya.
Hal ini sekali gus mencetuskan kebimbangan pelabur bahawa mereka tidak akan mendapat semula duit mereka yang telah dilaburkan.