Gelora di Kazakhstan masih mengganas dengan angka kematian yang meningkat tetapi pengaksesan internet sudah pun diaktifkan.
Bagaimanapun sebagai hub kripto kedua terbesar, pengaksesan internet di negara itu sangat terhad tidak cukup untuk menampung perlombongan kripto.
Sebagai rekod, protes antikerajaan ganas di Kazakhstan telah menyebabkan pengaksesan internet seluruh negara terpaksa ditutup.
Setakat semalam, pengaksesan internet sudah hampir sepenuhnya dibuka untuk umum tetapi menurut pengarah pantauan internet, NetBlocks, Isik Mater, “ia masih belum cukup untuk aktiviti perlombongan kripto”.
https://forkast.news/headlines/kazakhstan-internet-crypto-miners/
Demonstrasi di Kazakhstan yang bermula sejak minggu lepas sebenarnya berpunca daripada ketidakpuasan hati rakyat terhadap peningkatan kos bahan api dan kemelesetan ekonomi. Sekaligus insiden ini merupakan yang terburuk sejak beberapa dekad selepas kemerdekaan Kazakhstan.
Pengaksesan internet yang dilumpuhkan menyebabkan penurunan hashrates yang mendadak.
Ketika penulisan, BTC didagangkan pada $41,902.38, susut lebih 9% sejak minggu lepas tetapi masih meningkat 0.33% dalam 24 jam. Pasaran altcoins turut berduka dengan prestasi yang tidak mengujakan.