Laporan data pekerjaan UK yang diterbitkan pada sesi Eropah Selasa semalam sedikit menyokong peningkatan nilai Pound dalam pasaran walaupun masih belum memaparkan prestasi yang meyakinkan.
Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD semalam, harga telah catatkan kenaikan harian sekitar 80 pips meningkat dari paras support 1.3000 menuju ke paras 1.31000.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/recording-11
Corak kenaikan yang dipamerkan harga tersebut turut memberi petunjuk positif kepada pelabur untuk lonjakan semula Pound menjelang keputusan mesyuarat bank pusat England pada Khamis.
Bank of England (BOE) dijangka untuk meningkatkan kadar faedah daripada 0.50% kepada 0.75% untuk mesyuarat kali ini dan bakal memacu pengukuhan Pound.
Namun halangan yang bakal Pound tempuhi adalah jangkaan untuk pengukuhan US dolar susulan jangkaan untuk kenaikan kadar faedah juga oleh Federal Reserve (Fed) yang boleh mengehadkan lonjakan Pound.
Dengan jangkaan untuk kenaikan kadar oleh kedua-dua bank pusat tersebut dilihat akan membuatkan pergerakan harga lebih terhad. Namun, reaksi awal susulan keputusan mesyuarat pasti berbeza.
Sekiranya harga mula memberi isyarat untuk menyambung penurunan, paras sokongan 1.3000 akan ditembusi sebelum harga meneruskan penurunan menuju pula paras sekitar 1.29000.
Penurunan harga yang diteruskan akan terus mencatatkan paras terendah terbaru lagi sejak dagangan November 2020 lalu.
Sebaliknya jika harga membuat kenaikan tembusi rintangan pada 1.31000, kenaikan harga dijangka diteruskan untuk menguji pula zon 1.32000 yang menjadi rintangan pada dagangan minggu lalu.
Untuk kenaikan lebih tinggi, zon SBR (support become resistance) pada 1.33000 akan menjadi sasaran harga selanjutnya yang bakal dituju dalam pergerakan trend bullish.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG