Orang terkaya dunia? Orang terkaya planet? Semua gelaran terkaya Elon Musk sauk.
Jumlah kekayaan Elon Musk melonjak dari US$33.8 bilion atau lebih kurang RM141.33 bilion pada Isnin ke US$304.2 bilion.
Menurut laporan Bloomberg Billionaires Index, lonjakan kekayaan Musk tersebut hasil daripada laporan kenaikan saham pembuat kereta eletrik, Tesla Inc.
Saham Tesla meningkat 13.5% pada US$1,199.78 selepas mencapai rekod suku ke-4 (4Q) melebihi penganalisis untuk penghantaran kereta.
Permodalan pasaran syarikat melonjak melebihi US$1 trlion pada bulan lepas selepas penurunan pada November dan awal Disember.
Dalam pada itu, nilai bersih Elon Musk merangkumi kepentingan dalam syarikat SpaceX yang mencecah paras tertinggi US$340 bilion tahun lalu dan mengatasi nilai bersih tertinggi John D Rockefeller sebagai orang terkaya dalam sejarah moden.













 
			





![[FOMC] Kadar Faedah Fed Kekal 4.50%, Nada Powell Berhati-Hati](http://intraday.my/wp-content/uploads/2025/05/fomc-powell-360x180.png)


























 
					





