Bitcoin Cash (BCH) tiba-tiba membuat lonjakan sejak 12 April dan pada hari ini, ia telah menyentuh harga $353.2 dengan lonjakan lebih 20%, sekaligus menebus kembali kerugian yang direkod bermula minggu lepas.
Melihat prestasi BCH, timbul persoalan sejauh mana permintaan terhadap aset ini bertahan dalam pasaran?
Ketika penulisan, hasil hard fork Bitcoin (BTC) ini mencatatkan nilai dagangan $344.93, dengan peningkatan hampir 13% dalam 24 jam.
Sesuatu yang tidak dijangka ketika pelabur berada di zon ketakutan kerana keadaan pasaran yang tidak menentu, jumlah dagangan BCH dalam 24 jam mencatatkan peningkatan luar biasa, hampir 32%.
Pada masa yang sama, nilai pasarannya juga turut meningkat, 12.55% dengan rekod $6.57 bilion.
Beberapa faktor boleh diambil kira untuk meneliti potensi BCH dalam jangka masa panjang:
- Kos transaksi Bitcoin mencatatkan peningkatan dan ini menyebabkan pengguna beralih kepada Bitcoin Cash yang menawarkan kelajuan transaksi pada kos yang rendah.
- Pelabur dilihat mengambil peluang membeli ketika masih murah susulan keruntuhan harga lebih 25% dari paras tertinggi bulanan.
- Kemaskini rangkaian dijadualkan pada 15 Mei 2022, melibatkan sokongan terhadap sejumlah operasi dan penambahan operasi baharu.
- Membolehkan kehadiran lebih banyak perkhidmatan dan produk kewangan ke rangkaian
- Pada tarikh yang sama, penambahbaikan turut merangkumi kemaskini nod operator kepada versi terbaharu.
- Salah satu negara Netherlands, Sint Maarten dikhabarkan mahu mengangkat BCH sebagai tender sah.
Jika betullah pemimpin Sint Maarten mahu melaksanakan perubahan tersebut, sama yang dilakukan El Salvador, ada kemungkinan untuk BCH terus meroket tinggi.
Tetapi apa-apa pun ia masih bergantung kepada komuniti dan ekosistemnya.
BCH masih jauh dari nilai tertinggi sepanjang masa (ATH), $4,355.62 yang direkod pada 20 Disember 2017.