Semua rakyat Britain mungkin perlu membayar cukai lebih tinggi untuk membantu kerajaan memulihkan kestabilan kewangan awam.
Pertemuan antara Perdana Menteri Rishi Sunak dan Menteri Kewangan Jeremy Hunt pada Isnin telah menyaksikan perbincangan tentang rancangan cukai dan perbelanjaan menjelang pembentangan belanjawan pada 17 November.
Menurut Perbendaharaan UK, Rishi Sunak dan Jeremy Hunt bersetuju bahawa keputusan sukar diperlukan dalam rancangan untuk kenaikan cukai dan perbelanjaan.
Ini mungkin menyebabkan semua rakyat, terutamanya golongan kaya untuk membayar lebih cukai susulan rancangan itu.
Mata wang pound jatuh ke paras terendah sepanjang masa berbanding US dolar sehingga memaksa Bank of England (BOE) melaksanakan campur tangan dalam pasaran bon.
Kejatuhan itu menyebabkan Liz Truss melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri dan kemudiannya digantikan oleh Sunak yang sebelum ini kalah kepadanya dalam pemilihan kepimpinan Parti Konservatif pada Ogos.
Sementara itu, dua kumpulan penyelidikan terkemuka pada Selasa berpendapat bahawa Sunak dan Hunt tidak boleh bergantung pada pemotongan perbelanjaan apabila mereka membentangkan belanjawan.