Kes Ripple VS SEC akhirnya bergerak ke penghujungnya demi menentukan sama ada Ripple menang atau tewas dalam kes SEC bagi memastikan kategori mata wang kripto tersebut.
Dijelaskan, kes mahkamah bagi mengawal selia mata wang kripto akan sentiasa meningkat, namun Ripple yang berjaya bertahan lama dalam pertempuran menentang SEC bakal menitikkan sebagai salah satu di antara peristiwa paling penting dalam sejarah kripto.
Melihat pergerakan harga semasa XRP, ramai pemegang saham optimis terhadap kemenangan Ripple kerana sepanjang seminggu yang lalu, harga XRP melonjak sebanyak 10% dan ini menunjukkan tanda keyakinan pasaran terhadap kripto tersebut.
Menurut platform penjejakan harga CoinMarketCap, harga XRP berada pada paras $0.3943 iaitu meningkat 4.84% dalam 24 jam lalu termasuklah Ripple (XRP) berada di kedudukan ke-7 dalam kalangan mata wang kripto.
Tambahan itu, jumlah dagangan XRP juga telah meningkat dengan ketara dalam beberapa hari lepas. Buktinya, XRP kini mencatatkan lebih $2.03 bilion berbanding jumlah dagangan $1.33 bilion pada 16 September.
Ekoran itu, jika Ripple memenangi kes SEC, kemenangan itu berpotensi mendorong XRP ke tahap tertinggi sepanjang masa.
Justifikasinya, tuntutan SEC vs Ripple berkemungkinan dalam fasa terakhir apabila kes itu beralih ke prosiding penghakiman ringkasan dan barangkali Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa memilih untuk menyelesaikan kes tersebut.