Amerika Syarikat menolak dakwaan Rusia bahawa ia membangunkan senjata biologi di Ukraine dan mengatakan bahawa tuduhan itu adalah petanda Moscow akan menggunakan senjata itu sendiri tidak lama lagi.
Setiausaha akhbar Jen Psaki berkata dakwaan Rusia mengenai makmal senjata biologi AS dan pembangunan senjatan kimia di Ukraine adalah tidak masuk akal.
Beliau menyifatkan tuduhan tersebut sebagai ‘helah yang jelas’ untuk cuba membenarkan tindakannya yang tersendiri ke atas Ukraine.
Psaki turut memberi amaran untuk berwaspada terhadap kemungkinan Rusia menggunakan senjata kimia atau biologi di Ukraine, atau mencipta alasan untuk menggunakannya.
Pada 6 Mac, kementerian luar Moscow telah menulis satu ciapan bahawa tentera Rusia menemui bukti Kiev sedang menghapuskan kesan program biologi ketenteraan di Ukraine, yang didakwa dibiayai oleh Amerika.
Bagaimanapun, Washington menyelar dakwaan tersebut dengan mengatakan maklumat Rusia adalah karut sama sekali dan Moscow mempuyai rekod menuduh Barat melakukan jenayah yang dilakukannya sendiri.
Walaupun menolak tuduhan tersebut, tetapi pada hakikatnya Amerika memberitahu ia sedang bekerjasama dengan Ukraine untuk menghalang tentera Rusia daripada merampas bahan penyelidikan biologi di negara itu.