Indeks-indeks utama Wall Street Amerika Syarikat (AS) mencanak sementara Hasil Perbendaharaan merudum sebaik Federal Reserve (Fed) untuk melaksanakan kenaikan kadar faedah 50 mata asas pada mesyuarat FOMC awal pagi tadi.
Tindakan tersebut menepati jangkaan dan mengukuhkan cadangan bahawa bank pusat itu akan bergerak dalam landasannya di samping mengurangkan kunci kira-kiranya pada Jun.
Pelabur dilihat sedikit bimbang akan pelaksanaan dasar yang menepati jangkaan namun aliran saham mulai memasuki rali sebaik Pengerusi Fed, Jerome Powell memberi isyarat tiada sebarang pertimbangan untuk kenaikan kadar sebanyak 75 mata asas sehingga menyaksikan US dolar kembali bergerak susut dalam pasaran.
Menurut Brian Jacobsen, pakar strategi pelaburan kanan Allspring Global Investments, kenyataan Powell telah menjadi titik perubahan utama aliran saham, di mana pada senario teruk Fed akan tepati jangkaan manakala senario baiknya Fed bergerak lebih perlahan daripada harga pasaran.
Indeks purata Dow Jones Industrial naik 2.81%, S&P 500 capai 2.99% dan Nasdaq Composite tambah 3.19%.
Tolok MSCI saham seluruh dunia ditutup tinggi pada 1.67%. sementara indeks STOXX 600 pan-Eropah turun 1.1% dengan sektor peruncitan mendahului kerugian serta indeks-indeks utama serantau lain.
Semalaman di Asia pula menyaksikan tiada perubahan ekoran pasaran saham China dan Jepun ditutup.
Ringkasan mata wang menyaksikan indeks dolar susut 0.86% sementara Euro naik 0.89% pada $1.0614 sementara nota Perbendaharaan 10 tahun jatuh 3.1 mata asas pada 2.927%.
Perkembangan pasaran komoditi, harga minyak naik 5% berikutan Kesatuan Eropah (EU) putuskan import minyak Rusia secara berperingkat sementara niaga hadapan emas AS turun 0.1% pada $1,868.8 per auns.
Bitcoin naik 5.68% pada $39,871.90.