Coinglass melaporkan sekurang-kurangnya $572.5 juta (RM2.5 bilion) pelaburan jangka masa panjang (long position) dalam aset kripto telah dicairkan sepanjang minggu ini.
Berikut rincian berkaitan aktiviti pelabur kripto setakat ini:
- Bitcoin (BTC) menyaksikan lebih $162 juta (RM706 juta) kecairan aset.
- Ethereum (ETH) pula mencatatkan nilai $154.23 juta (RM672.1 juta).
- Ketika penulisan, BTC didagangkan pada $39,244 dengan lonjakan hampir 3% dalam 24 jam.
- Dalam tempoh yang sama, ETH mencatatkan peningkatan harga sebanyak 2.56%, didagangkan pada $2,888.92.
- Kedua-dua aset tersebut mencatatkan prestasi yang baik setakat ini selepas penyusutan harga dua hari berturut-turut.
- Aset kripto membuktikan status mereka yang semakin dikenali sebagai pelaburan berisiko, sama seperti saham teknologi.
- Situasi ini berlaku pada masa yang sama ketika nilai dolar AS melonjak ke paras dua tahun tertinggi susulan pengumuman Federal Reserve.
- Difahamkan institusi terbesar itu mahu mengurangkan keruncingan inflasi kerana harga gas yang mahal akibat peperangan Rusia-Ukraine sejak Februari.
- Jurang antara pulangan terhadap aset berisiko dengan bebas risiko ke atas perbendaharaan dikurangkan, mengundang pelabur untuk beralih kepada aset yang lebih stabil seperti utiliti dan bon.
- Pada masa yang sama, pelabur mula memfokuskan kepada Asia selepas Beijing mengumumkan rangsangan bagi membangkitkan semula ekonomi yang cedera kerana perintah berkurung COVID-19.