Mesyuarat FOMC pada awal pagi ini menjawab persoalan tentang keputusan Federal Reserve (Fed) untuk meneruskan pengetatan dasar monetari selanjutnya menyaksikan kadar faedah ditingkatkan lagi kepada 75 mata asas ke paras 3.25%, tertinggi 14 tahun.
US dolar terima kesan positif selepas keputusan mesyuarat tersebut yang dilihat mengukuhkan raja mata wang itu dan memberi tekanan kepada mata wang utama yang lain dalam pasaran.
Pound turut menahan asakan dominasi US dolar ketika ini, namun pelabur diingatkan supaya berhati-hati ekoran bank pusat England juga bakal mengumumkan keputusan dasar monetari mereka sebentar lagi.
Pada jam 7 petang waktu tempatan, mesyuarat Bank of England (BOE) akan menjadi tumpuan dengan jangkaan kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas bakal dilaksanakan.
Sekiranya berlaku, Pound ada potensi untuk meningkat di sesi New York dan mengurangkan tekanan oleh US dolar sebelumnya.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-fomc-terbangkan-usd#t=0:00
Pada carta harga pasangan pasangan mata wang GBP/USD, harga dilihat menyambung lagi penurunan ke paras terendah terbaru 37 tahun.
Pada Rabu semalam, harga yang kekal bergerak dalam trend bearish dengan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam menjadi penanda buat harga, telah mula menunjukkan corak penurunan yang perlahan menuju paras sokongan sekitar 1.13000.
Dan selepas mesyuarat FOMC awal pagi tadi, pengukuhan US dolar telah menekan harga lebih rendah menembusi paras 1.13000 tersebut untuk mencatatkan paras terendah terbaru sejak 1985.
Setakat sesi Asia pagi Khamis ini, harga berlegar di sekitar 1.12200 dengan jangkaan harga bakal menyambung penurunan lebih rendah lagi sementara pelabur menunggu keputusan mesyuarat BOE.
Sekiranya harga sambung penurunan melepasi zon 1.12000, rekod terendah terbaru 20 tahun harga bakal dicatatkan lagi berkemungkinan boleh mencecah sehingga sekitar 1.11000.
Namun, waspada sekiranya harga mula melonjak semula, rintangan pada 1.13000 akan menjadi tumpuan awal yang diuji.
Melepasi rintangan tersebut dan halangan MA50 akan memberi isyarat awal perubahan trend harga sebelum zon 1.14500 kembali menjadi tumpuan semula.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG