‘Kenapa macam susah nak dedahkan penemuan laporan pendapatan tu, seperti ada sesuatu yang tak kena.’
Baru semalam saham Serba Dinamik Holdings Bhd susut ke paras 1 sen, kini syarikat dilaporkan menarik balik rayuan mahkamah terhadap Bursa Malaysia Securities Bhd.
Umumnya, dagangan Serba Dinamik diambang penggantungan pada Jumaat (23 Disember) ekoran kegagalan untuk kemukakan laporan tahunan 2022 sebelum tarikh akhir 22 Disember.
Namun, tajuk utamanya hari ini adalah tindakan Serba Dinamik yang menarik semula tuntutan rayuan yang dibuat pada 10 Februari lalu dan bukannya mengemukakan pendedahan penemuan.
Mengimbas kes saman-menyaman itu, syarikat menuduh Bursa Malaysia melampaui bidang kuasa dengan menjalankan semakan bebas khas (SIR) dan keperluan pendedahan penemuan.
Namun Mahkamah Tinggi telah menolak pertuduhan itu, dan Serba Dinamik bertindak memfailkan rayuan sebelum ditolak pula oleh Mahkamah Rayuan pada 12 April.
Tidak menyerah kalah syarikat memfailkan lagi rayuan bagi melawan tuntutan saman pemula oleh Bursa atas dakwaan syarikat melanggar keperluan penyenaraian dan pendedahan fakta penemuan.
Setakat ini tiada sebarang respon balas oleh kedua-dua pihak berkenaan penarikan balik saman ataupun pendedahan laporan tahunan yang perlu didedahkan.
Ketika penulisan ini juga saham Serba Dinamik merosot 33.33% pada 1 sen.