Saham Serba Dinamik Cecah 1 Sen, Paling Rendah Dalam Sejarah!

3,907

Kegagalan Serba Dinamik Holdings Bhd untuk menyerahkan Laporan Tahunan 2022 sebelum 22 Disember berpotensi menyebabkan dagangan sahamnya digantung pada Jumaat (23 Disember).

Hal ini menyebabkan saham syarikat perkhidmatan kejuruteraan itu di bawah tekanan pada Selasa untuk dibuka tidak berubah pada 1.5 sen pada awal pagi ini.

Ia kemudiaannya menjunam ke paras terendah sepanjang masa 1 sen dengan permodalan pasaran sebanyak RM37.27 juta.

Terdahulu pada November, Bursa telah memberikan kelonggaran kepada syarikat itu dengan lanjutan satu setengah bulan untuk mengeluarkan laporan tahunannya tetapi ia gagal mengemukakannya dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Ekoran itu, pengawal selia mengeluarkan amaran bahawa dagangan saham syarikat itu bakal digantung mulai 23 Disember sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak jika masih tidak menerbitkan laporan tersebut sebelum 22 Disember.

Serba Dinamik sebelum ini telah digantung selama enam bulan kerana kegagalannya mematuhi arahan Bursa berhubung isu auditnya, menyebabkannya kehilangan nilai 90.91% apabila ia mula didagangkan pada 11 sen pada 9 Mei tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat