Menteri Pertahanan India, Rajnath Singh mengesahkan kepada Parlimen bahawa berlaku pertempuran antara tentera India dan China di negeri sempadan timur laut Arunachal Pradesh minggu lalu.
Tentera dari kedua-dua pihak dikatakan saling berbalas serangan pada 9 Disember setelah beratus-ratus askar China didapati menceroboh sempadan India.
Rentetan itu, India membangkitkan perkara tersebut secara diplomatik dengan Beijing dan komander tentera dari kedua-dua pihak telah berunding mengenainya.
Bagaimanapun, Singh tidak memberi penjelasan lebih lanjut mengenai ‘sifat’ pertempuran yang berlaku di kawasan tersebut.
Sementara itu, Kementerian Luar China Wang Wenbin pula berkata sempadan antara kedua-dua negara secara umumnya stabil.
Tambahnya, kedua-dua pihak mempunyai komunikasi yang lancar mengenai isu-isu berkaitan sempadan melalui saluran diplomatik dan ketenteraan.
Ketegangan di sepanjang sempadan negara yang dipertikaikan telah memuncak sejak pertempuran Jun 2020 (paling teruk dalam tempoh lebih 40 tahun) yang meragut sekurang-kurangnya 20 tentera India dan empat askar China.
Setelah kira-kira 16 pusingan rundingan dibuat antara komander tentera, kedua-dua pihak memindahkan tentera mereka dari beberapa lokasi di mana pertemuan tersebut berlaku.