Whale Ethereum (ETH) mengambil peluang mengaut sejumlah token Shiba Inu (SHIB) ketika harga mata wang kripto meme kedua terbesar itu telah menjunam 12% dalam tempoh 30 hari lalu.
Menurut Whalestats, SHIB berjaya flip stETH menjadi token terbesar yang dipegang oleh 100 ETH wallets teratas dan mencapai kedudukan 10 token teratas dalam kalangan 500 ETH whales terbesar.
Hal ini berikutan kerana 100 ETH whales teratas memegang SHIB bernilai $142.39 juta pada 24 September 2022 manakala whales terbesar membeli 1.69 trilion aset digital tersebut sepanjang 2 hari lalu.
Rentetan itu, minat whales dalam memperbanyakkan lagi SHIB semakin meningkat walaupun harganya turun 5% iaitu berada pada paras harga $0.000011 dalam tempoh 24 jam dan volum dagangannya merosot 46%.
Lonjakan besar dapat dilihat melalui burn rate token SHIB kerana Shibburn meningkat sebanyak 800% termasuklah ShibArmy menghantar 128 juta token ke dead wallet* mereka.
*Address mata wang kripto yang tidak aktif selama beberapa tahun
Dijelaskan lagi, SHIB merancang untuk menurunkan jumlah circulation supply** serta melancarkan permainan kad berasaskan blockchain di Australia.
**Jumlah bilangan token yang tersedia untuk perdagangan dan digunakan dalam pasaran