Dilihat pada penghujung sesi dagangan New York semalam (Rabu), US dolar didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama yang lain meleset berbanding jangkaan pelabur untuk melihat US dolar kembali papar pengukuhan lanjut menuju penghujung minggu.
Ucapan oleh pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di hadapan Kongres pada sesi New York semalam menjadi tumpuan di mana beliau menyatakan bahawa bank pusat amat komited untuk menurunkan semula inflasi dan akan meneruskan kenaikan kadar faedah sehingga penghujung tahun.
Di akhir ucapan, Powell menambah bahawa mereka akan terus mengekalkan kenaikan kadar faedah walaupun masih tidak lagi mempunyai sebarang keputusan kenaikan yang ditetapkan oleh Fed.
Sementara, tumpuan pada sesi Eropah semalam adalah pada terbitan data inflasi tahunan United Kingdom (UK) yang meningkat kepada 9.1% untuk bulan Mei 2022, menjadi bacaan inflasi yang tertinggi pernah dicatatkan sejak 40 tahun.
Kenaikan ini telah memberikan ruang kepada mata wang Pound untuk membuat kenaikan berbanding mata wang US dolar yang dilihat bergerak mendatar pada sesi dagangan minggu ini.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/recording-16
Perhatikan carta harga pasangan mata wang GBP/USD, selepas terbitan data inflasi UK pada sesi Eropah semalam dilihat harga telah berjaya membuat kenaikan sekitar 150 pips dari bawah zon 1.22000 sehingga ke paras rintangan 1.23000 semula.
Tetapi kenaikan tersebut gagal diteruskan sebelum harga mula susut kembali pada sesi New York semalam dan mengahiri dagangan penghujung sesi dengan pergerakan lebih perlahan.
Sekiranya kenaikan masih berjaya dipaparkan pada dagangan hari ini, kenaikan harga dilihat bakal menguji sekali lagi rintangan 1.23000 dan sekiranya harga berjaya menembusi rintangan tersebut, kenaikan yang lebih tinggi dilihat bakal menguji semula zon resistance 1.24000 yang menjadi tumpuan minggu lalu.
Untuk kenaikan harga yang diteruskan, zon rintangan pada 1.2500 pula akan menjadi sasaran seterusnya yang bakal diuji untuk harga catatkan ketinggian terbaru 2 minggu.
Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, zon sokongan harga pada 1.22000 bakal diuji lagi seperti penurunan yang berlaku semalam dan juga pada awal minggu lalu.
Sekiranya penurunan harga berjaya diteruskan menembusi zon 1.2200 tersebut, harga akan mensasarkan pula penurunan yang lebih rendah menuju sekitar 1.21000 atau boleh mencecah semula ke zon support 1.2000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG