Dagangan emas stabil pada hari Jumaat ketika logam kuning itu berada di landasan untuk penurunan mingguan kelima berturut-turut setelah dilemahkan oleh US dolar yang semakin kukuh.
Pada sesi dagangan Asia, emas sedikit meningkat pada $1,715 per auns selepas menjunam rendah ke paras terendah $1,697 per auns pada sesi New York.
Tekanan harga di AS ternyata semakin tinggi apabila bacaan data inflasi pengguna (CPI) Amerika Syarikat dilaporkan melonjak kepada 9.1% pada Jun, paras tertinggi terbaharu 40 tahun.
Sementara itu, data inflasi pengeluar (PPI) yang dikeluarkan pada sesi sebelum ini turut menunjukkan peningkatan dengan catat 1.1% lebih kuat daripada 0.8% jangkaan pelabur.
Ini sekali gus meletakkan jangkaan pelabur bahawa Federal Reserve (Fed) akan melaksanakan kenaikan kadar faedah 75 mata asas sekali lagi pada mesyuarat polisi bulan Julai.
Pasaran juga tidak menolak jangkaan untuk peningkataan untuk 100 mata, tetapi dua penggubal dasar Fed Christopher Waller dan James Bullard menafikan kemungkinan tersebut dengan mengatakan mereka lebih memilih kenaikan tiga perempat mata asas.
Raja mata wang USD kini kekal didagangkan kukuh walaupun sedikit merosot setelah indeks dolar menyentuh paras ketinggian baharu 20 tahun berbanding mata wang utama pada sesi sebelum ini.