‘Mak aih! Nasib baik tak lulus kalau tak, kena cucuk lagi kita nanti.’
Rancangan syarikat farmaseutikal, Veru Inc untuk mengeluarkan vaksin bagi pesakit Covid-19 berisiko tinggi gagal mendapat kelulusan pengawal selia kesihatan Amerika Syarikat (AS).
Difahamkan 8 orang panel menentang penggunaan ubat oral sabizabulin yang dikeluarkan Veru atas faktor kebimbangan keberkesanan dan keselamatannya berdasarkan ujian klinikal berskala kecil syarikat.
Menurut seorang panel, Susanne May, data dibentangkan Veru menunjukkan keputusan menakjubkan namun tiada bukti kukuh keberkesanannya untuk menyokong aktiviti antiviral dan menasihatkan syarikat lakukan lebih banyak kajian.
Penolakan tersebut dilihat memberi tekanan kepada Veru dalam usahanya mencipta vaksin dengan menggunakan sabizabulin, ubat yang sering digunakan untuk menghalang pertumbuhan tumor dalam rawatan kanser usus.
Berbalik kepada tajuk asal, Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) AS pernah mewartakan keberkesanan sabizabulin dalam menghasilkan antiviral dan tindak balas anti keradangan namun tidak menjelaskan kesannya terhadap Covid-19.
Dalam pada itu, Veru difahamkan menjalankan ujian vaksin mereka terhadap 210 orang pesakit sementara pengawal selia meletakkan sampel minimum untuk sebarang ubatan memerlukan 500 orang.
Selain isu sabizabulin dan kekurangan populasi sampel, para penal turut memetik isu kadar kematian tinggi dalam kumpulan plasebo dengan Jennifer Schwartzott mengetengahkan kebimbangan kesan sampingannya pada masa depan.