Tiada perubahan pada sentimen pasaran semasa menyaksikan US dolar terus menyambung pergerakan lemah menuju ke penghujung minggu selepas kenyataan bernada dovish disampaikan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell.
Menguatkan lagi jangkaan untuk Fed memperlahankan kenaikan kadar faedah pada mesyuarat Disember apabila meneliti bacaan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan semalam.
Data indeks perbelanjaan pengguna (PCE) menunjukkan penurunan seiring data inflasi yang telah diterbitkan sebelum ini.
Manakala tinjauan ISM sektor pembuatan di AS susut kepada 49.0 mata untuk bulan November, menandakan penguncupan kali pertama dalam tempoh lebih 2 tahun.
Pelabur tambah waspada di penghujung minggu ini menantikan terbitan laporan data pekerjaan NFP AS dengan jangkaan keseluruhan komponen data yang suram.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-usd-terus-junam-menjelang-nfp-212
Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah mencanak ke paras ketinggian terbaru 6 bulan mengatasi paras dicapai di awal minggu.
Kenaikan harian dicatatkan sekitar 140 pips menyaksikan harga melonjak dari paras sokongan 1.04000, menembusi rintangan 1.05000, dan mencapai ketinggian terbaru sekitar 1.05300.
Pergerakan harga mendatar ketika menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Jumaat) di atas zon 1.05000 dengan jangkaan kenaikan bakal diteruskan.
Meneruskan kenaikan lebih tinggi, harga dijangka menuju ke zon 1.06000 untuk terus merekodkan ketinggian terbaru sekiranya US dolar kekal melemah.
Sebaliknya, jika laporan pekerjaan NFP memberi kesan pengukuhan US dolar, harga bakal membuat penurunan semula di bawah zon 1.05000.
Paras sokongan 1.04000 akan kembali menjadi sasaran dituju harga semula dan jika penurunan diteruskan, harga berkemungkinan menecah ke sekitar 1.03000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG