Rangkaian Tezos (XTZ) buat kejutan melalui kerjasama dengan kelab bola sepak Manchester United (MU) semalam.
Melalui kerjasama ini, Tezos akan memperuntukkan sekurang-kurangnya $27 juta (RM112.8 juta) setiap tahun bagi mempromosikan rangkaiannya melalui kemunculan jenama pada kit latihan MU.
Pada masa yang sama, ini merupakan penglibatan kali pertama MU dalam blockchain ketika pasukan bola sepak keempat terbesar dunia cuba meneroka peluang terhadap Web 3.0, non-fungible token (NFT), dan metaverse.
Sebagai rekod, ini merupakan kerjasama terbaru selepas Tezos mengikat hubungan dengan beberapa entiti seperti:
- Red Bull
- Pasukan besbol dari Major League Baseball (MLB)
- McLaren Racing
- Organisasi e-sukan, Team Vitality
- Ubisoft
Bagaimanapun, pihak Tezos tidak mendedahkan jumlah dana yang diperuntukkan untuk kerjasama kali ini.
Token natifnya, XTZ mencatatkan lonjakan harga sehingga lebih 11%, didagangkan pada $3.98 pada 3 Februari.
Tetapi pada hari ini, XTZ susut lebih 1%, mencatatkan nilai dagangan $3.81 ketika artikel ini ditulis.
Mungkin selepas ini jika MU benar-benar mahu sertai metaverse dan NFT, Tezos akan menjadi pilihan. Siapa tahu kan?