Bank of Thailand (BOT), Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) dan Kementerian Kewangan (MOF) telah bersama-sama memutuskan untuk mengawal selia penggunaan kriptowang sebagai medium pertukaran. Mereka menyebut ancaman ketidakstabilan kewangan dan jenayah sebagai justifikasi utama.
BOT mengumumkan keputusan kawal selianya dalam kenyataan akhbar pada awal hari ini. Perkara awal yang dilakukan adalah dengan mengiktiraf bagaimana syarikat aset digital mengembangkan fungsi kriptowang sebagai medium pertukaran.
Dalam masa yang sama, syarikat gergasi seperti Google dan Mastercard pada ketika ini juga berhasrat untuk melibatkan kriptowang dalam perkhidmatan mereka. Sementara itu, syarikat seperti OpenNode sedang membina rangkaian pembayaran Bitcoin melalui rangkaian kilat untuk organisasi seperti Perth Heat.
Pengawal selia Thai melihat perkembangan ini sebagai indikasi bahawa kriptowang lebih cenderung memiliki potensi untuk digunakan sebagai alat pertukaran. Perkara ini dilihat boleh menyebabkan ketidakstabilan kewangan.
“Penggunaan kriptowang dengan cara ini boleh menimbulkan risiko lajutan kepada pengguna dan perniagaan melalui turun naik harga, kecurian siber, kebocoran data peribadi, atau pengubahan wang haram, dll.”
Atas dasar itu, pengawal selia berhasrat untuk mengehadkan “penggunaan meluas” kriptowang sebagai salah satu bentuk pembayaran. Walau bagaimanapun, beberapa aset yang dianggap “menyokong” sistem kewangan akan dimaktub di bawah garis panduan kawal selia dikeluarkan. Ini merangkaumi CBDC dimana BOT sedang merancang projek perintis.
Laporan ini dilihat sebagai suatu perkara yang positif untuk industri kripto dimana Thailand memberi isyarat bahawa kriptowang seolah-olah boleh diikhtiraf.