Harga Aave (AAVE) melonjak 98% sejak Aave V3 bersiaran pada 16 Mac dan ketika penulisan, aset ini didagangkan pada $237.76 dengan peningkatan harga lebih 31% dalam 24 jam.
Pun begitu, AAVE masih perlukan kenaikan harga sebanyak 65% untuk menebus rekod tertinggi sepanjang masa (ATH), $666.86 yang dicatat pada 18 Mei 2021.
Apa yang diperkenalkan dalam pelancaran V3?
- Penambahbaikan terhadap ciri desentralisasi, sekuriti, dan pengurusan risiko
- Pengurangan kos transaksi
- Pengendalian terhadap saling kendali blockchain
Pada masa yang sama, minat terbuka dalam Aave – merujuk kepada kontrak derivatif tertunggak telah meningkat kepada $163.7 juta dalam tempoh 24 jam, lebih tinggi berbanding rekod $66.14 juta sebelum kemaskini V3.
Jumlah nilai terkunci (TVL) di rangkaian ini juga telah bertumbuh pesat lebih 20% sejak V3 bersiaran.