Seperti mata wang utama yang lain, Pound juga mengambil peluang untuk mengukuh berbanding US dolar yang mengalami penyusutan nilai ekoran reaksi pasaran terhadap ucapan Jerome Powell semalam.
Powell memberi kenyataan yang kurang hawkish berbanding sebelum ini walaupun masih menyatakan bahawa Federal Reserve (Fed) masih berada dalam landasannya untuk fasa pengetatan polisi.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-usd-layu-sebab
Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga telah membuat kenaikan ke paras ketinggian terbaru lagi selepas berjaya memecah bentang ketinggian yang diuji sejak minggu lalu iaitu pada zon 1.36000.
Seperti yang dapat diperhatikan pada pergerakan harga semalam, harga disokong pada paras 1.35700 pada penurunan awal sebelum menyambung kenaikan menuju paras 1.36500 bersambung ke sesi Asia pagi ini (Rabu).
Pergerakan harga masih dalam trend bullish disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang menjadi petunjuk untuk corak kenaikan harga tersebut.
Kenaikan harga berkemungkinan boleh melepasi zon rintangan 1.36500 sekiranya US dolar masih bergerak lemah dalam pasaran.
Paras sasaran bagi kenaikan lebih tinggi dilihat berada pada sekitar 1.37400 untuk trend bullish yang diteruskan.
Sebaliknya jika US dolar kembali ‘mengamuk’ semula, harga bakal dibenam semula dengan paras-paras sokongan pada 1.35700 dan 1.35000 sebelum ini bakak menjadi perhatian semula.
Penurunan lebih rendah akan terus memberi isyarat perubahan trend bearish buat dagangan Pound.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG