Jumlah rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan baharu untuk faedah pengangguran dilaporkan menurun lebih daripada jangkaan minggu lalu seiring dengan jangkitan COVID-19 yang berkurangan. Perkara ini dilihat dapat membawa indikasi bahawa jangkaan kelembapan dalam pertumbuhan pekerjaan pada Januari mungkin bersifat sementara.
Penurunan mingguan kedua berturut-turut yang dilaporkan oleh Jabatan Buruh pada hari Khamis sebahagiannya membatalkan lonjakan baru-baru ini, yang telah mendorong tuntutan awal ke paras tertinggi tiga bulan pada pertengahan Januari.
Menurut Ryan Sweet, ahli ekonomi kanan di Moody’s,” Penularan varian Omicron Covid-19 semakin berkurangan dan hal ini akan memacu pertumbuhan pekerjaan”.
Tuntutan awal untuk faedah pengangguran turun 23,000 kepada 238,000 bagi minggu berakhir 29 Januari. Ahli ekonomi yang ditinjau oleh Reuters malah meramalkan bacaan kepada 245,000 permohonan untuk minggu terkini.
Sebelum ini tuntutan pengangguran meninggkat di awal Januari sehinggalah kepada pertengahan bulan berikutan jangkitan Covid-19 yang didorong oleh varian Omicron. Aktiviti perniagaan antara yang terjejas berikutan hal ini.
Laporan Pekerjaan Nasional ADP pada hari Rabu menunjukkan senarai gaji swasta merosot pada bulan Januari untuk kali pertama dalam setahun, meningkatkan kemungkinan besar ekonomi kehilangan pekerjaan pada bulan lepas.
Pasaran kini memberi tumpuan pada data NFP yang bakal dikeluarkan pada esok hari dengan jangkaan bahawa NFP meningkat sebanyak 150,000 pekerjaan bagi bulan Januari. Kadar pengangguran diramalkan tidak berubah pada 3.9%, menekankan keadaan pasaran buruh yang semakin ketat.