Pihak berkuasa United Kingdom (UK), Her Majesty’s Revenue and Customs (HMRC) berjaya tumpaskan tiga penjenayah yang terlibat dengan penipuan 3 hasil kerja non-fungible token (NFT), bersama-sama rampasan sejumlah aset kripto bernilai £5,000 (RM28.3 ribu).
Ini menjadikan penangkapan tersebut melibatkan kes penipuan bernilai sekitar £1.4 juta (sekitar RM7.9 juta).
Penangkapan yang berlaku semalam, turut melibatkan turut dirampas.
Difahamkan penipuan yang dilakukan oleh 3 pesalah itu melibatkan penggunaan 250 laman web syarikat palsu; kecurian dan kepalsuan identiti, bersama-sama alamat; penggunaan telefon mudah alih dan Rangkaian Peribadi Maya (VPN) tidak berdaftar; kepalsuan invois; dan penyamaran dalam aktiviti perniagaan sah.
Sebagai rekod, ini merupakan tindakan undang-undang pertama yang dilaksanakan atas jenayah membabitkan kesalahan dalam ruang NFT di UK.
Pada masa yang sama, ia menjadi satu amaran tegas kepada mana-mana pelabur yang menggunakan aset kripto untuk berlindung daripada penyeliaan HMRC.
Penangkapan ini berlaku seminggu selepas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) merampas $3.6 bilion aset dalam Bitcoin (BTC) yang rupa-rupanya terkait dengan penggodaman bursa kripto Hong Kong, Bitfinex pada 2017.